Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

Ulama dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan Isi kandungan Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin

  • Title: Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan
  • Author: Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
  • ISBN: 9789834305529
  • Page: 225
  • Format: Paperback
  • Isi kandungan 1 Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat2 Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan3 Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin Iraq Sudan Pattani4 Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam5 Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah6 Menongkah Penjajah Ulama Dalam Jihad KeIsi kandungan 1 Menelusuri Sejarah Penjajahan Kuasa Barat2 Islam Sebagai Penyuntik Energi Perjuangan Kemerdekaan3 Perjuangan Ulama Menentang Penjajah Indonesia Acheh Libya Algeria India Mesir Palestin Iraq Sudan Pattani4 Strategi Penjajah Barat Melemahkan Perjuangan Umat Islam5 Melayu Sebuah Tamadun Yang Di jajah6 Menongkah Penjajah Ulama Dalam Jihad Kemerdekaan7 Gerakan Kemerdekaan Berpusat di Mekah8 Sheikh Ahmad Muhammad Zain Bapa kemerdekaan Melayu9 Kebangkitan Jihad Ulama ke atas British10 Gerakan Ulama Reformis11 Dr Burhanuddin dan Ulama Zaman Jepun.12 Ulama mengasaskan Partai Politik13 Ulama menyusup dalam Umno14 PAS Manifestasi Gerakan Ulama ke arah kemerdekaanUlasan Penerbit Kemerdekaan adalah nikmat paling tuntas yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada setiap mahluk kerana secara dasarnya setiap kita dilahirkan untuk menghirup udara segar kemerdekaan, tidak dipasung akal dan jasad, serta tidak memperhambakan diri kepada mahluk selain daripada Allah Kemerdekaan adalah amanah yang perlu dipertahankan kerana penjajahan mampu berulang malah boleh menyerkap manusia dengan penjajahan dalam versi baru tanpa kira sedari.Buku ini adalah pendokumentasi sejarah para alim ulama yang memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasul SAW, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang Penjajah samda Barat atau Timur Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam yang bernuansakan penyebaran agama Kristian tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah.Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Sheikh Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah.Hasrat murni kami ialah supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia Penerbit mengharapkan buku ini akan menambahkan kepustakaan maklumat berkaitan dengan kemerdekaan yang dirintis oleh alim ulama.

    • Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan by Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
      225 Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
    • thumbnail Title: Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan by Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
      Posted by:Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani
      Published :2019-02-01T11:05:40+00:00


    About “Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani

    • Riduan Mohamad Nor Mohd Fadli Ghani

      Riduan Mohamad Nor B.A Hons UM DIP ED UM M.A UKM berasal dari Besut, Terengganu Dilahirkan pada 1 Jun 1971 Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah.Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah B.A Hons UM pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu PERMATA.Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya Memoir Pemuda.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya Pertembungan Iman dan Kufur , Peperangan Rasulullah S.A.W , Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan , Sejarah Pemalsuan Al Quran , Ahzab Moden dan Masa Depan Islam , Penghinaan Terhadap Rasulullah Implikasi Hukum , Islam Liberal dan Pluralisme Agama dan Memperingati 100 Tahun Hasan Al Banna Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad , tajuk Tajuk Utama Ramadhan bersama dengan Nazri Chik , Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden , Murtad Implikasi Hukum Dan Fenomena, Makkal Sakhti Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, Duka Acheh Luka Kita , Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan Menggenggam Bara dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti Panduan Nuqaba Ceria.Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah kuliah ilmu di surau surau dan masjid masjid di seluruh tanah air Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain dan di pejabat pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya JKR , Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System MAS , Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu isu agama, sosio politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad FORKAD Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk Peta Luka Umat Islam dan catatan hidup.Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We ustaz Wan oleh anak anak murid dan pengikut kuliah , Pok Wan oleh anak anak saudara, kaum keluarga , Duang kawan kawan rapat dan panggilan zaman remaja.



    588 thoughts on “Ulama' dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan

    • Amat perlu untuk dibaca. Sekurangnya, buku ini mampu memberitakan gambaran sebenar sejarah para ulama dalam perjuangan kemerdekaan dan sejarah benar yang berlaku di kepulauan Melayu. Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah sekarang kebanyakannya merupakan sejarah olahan orientalis Barat lantas memberikan gambaran yang songsang terhadap sejarah yang sebenarnya. Walaupun buku ini masih tidak mampu memurnikan keseluruhan sejarah yang seleweng, sekurangnya ia satu koreksi yang sangat baik!


    • Buku yang amat baik untuk memahami kemerdekaan dari aspek yang lebih mengesankan. Peranan ulama' dalam perjuangan kemerdekaan jarang diangkat dalam lipatan sejarah, maka generasi kini kurang keyakinan pada meletakkan golongan ulama' dalam kepimpinan. Justeru, timbullah pernyataan, "Ulama' buat kerja ulama', jangan cuba nak jadi pemimpin!" Sememangnya bukan semua ulama' layak bergelar pemimpin tetapi jangan menafikan hak ulama' yang layak untuk memimpin.


    • Rugi. Rugi gila ! Rugi tak Baca buku nih, Pengisian2 yg rare. tapi rugi juga sebab gaya penulisan yang digunakan adalah tawar. rugi sebab buku ni nipis bagi genre sebegini. rugi sebab buku ni ada berjuta potensi. arghhtension aku. rugi, rugi


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *